Hael Husaini baru-baru ini ditemu bual menerusi program khas secara selingan sepanjang bulan ini di MTV Asia.

Bagi Hael Husaini, ianya merupakan satu peluang untuk beliau memperkenalkan namanya di rantau Asia apabila saluran tersebut menyiarkan lagu dan temu bual bersamanya menerusi klip selingan.

Menurut Hael Husaini, beliau tidak tahu apa kriteria yang menentukan seseorang penyanyi dipilih menghiasi segmen MTV Asia Spotlight. Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana pemilihan ini membolehkan beliau berkongsi aspirasi dan lagu dengan lebih meluas.

Tahniah Hael Husaini, semoga kerjaya anda terus berkembang maju.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group