Setelah berjuang selama setahun, Hafiz Hamidun akhirnya boleh menarik nafas lega apabila mahkamah akhirnya memutuskan bahawa beliau menang kes saman terhadap sebuah syarikat tekstil ternama di Malaysia.

Hafiz Hamidun memfailkan saman terhadap syarikat tersebut apabila mendapati namanya disalahgunakan untuk mempromosikan produk syarikat tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan tuan empunya badan. Tindakan undang-undang kemudian diambil untuk melindungi namanya yang sudah didaftarkan sebagai hak cipta dan treadmark untuk jenamanya sendiri.

Benar kata orang jika ada manis pasti ada pahitnya. Hafiz turut menerima kecaman dari netizen disebabkan tindakannya untuk menyaman syarikat tersebut. Hafiz dilabel ‘poyo’ dan tindakannya turut dituduh sebagai jalan pintas untuk cepat kaya. Tabahlah Hafiz.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group