Setelah lama berdiam diri, Hanis Zalikha mengaku bahawa beliau dan suami tidak keluar mengundi pada PRU14 yang lalu. Alasannya? Kerana mereka terikat dengan komitmen kerja sehingga tidak sempat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Jujurnya memang kami berdua tidak keluar mengundi dan ianya bukannya disengajakan tetapi kerana tuntutan kerja membuatkan hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kami berdua,” terang Hanis.

Peminat di Instagram mula dapat menghidu perkara ini apabila pasangan ini tidak langsung berkongsi gambar di tempat pengundian. Biasanya mereka akan berkongsi apa sahaja aktiviti di Instagram.

Malah Hairul turut menerima kecaman apabila dilihat bersungguh-sungguh mempromosikan filem lakonannya yang bersifat patriotik tetapi tidak pun berkongsi perjalanan ke mana-mana pusat mengundi.

“Pada hari tersebut kami terlibat dengan penggambaran bersama Jakel untuk koleksi hari raya dan ia tidak boleh ditunda memandangkan jadual Hairul padat dengan penggambaran filem Paskal,” jelasnya. Pasangan itu juga dikritik hebat kononnya berjiwa patriotik tetapi tidak keluar mengundi.

Mereka berdua jelas terkilan kerana tidak dapat mengundi. Mungkin mereka menganggap mengundi ini sesuatu yang remeh sedangkan penduduk yang tinggal di luar negara pun sanggup pulang untuk mengundi. Mungkin PRU yang akan datang mereka perlu pandai merancang masa untuk keluar mengundi.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group