Safawi Rasid, penyerang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyangkal dakwaan netizen yang menyangka dia dan pelakon Ruhainies sedang hangat bercinta sedangkan dia hanya berkawan dengan Ruhainies.

Dia hanya berkawan dengan Ruhainies dan tidak lebih daripada kawan biasa justeru menafikan segala dakwaan netizen yang mereka mempunyai hubungan serius atau bercinta.

Pada waktu sekarang, dia ingin fokus kepada kariernya iaitu sebagai pemain bola sepak professional dan dia masih belum bersedia untuk memulakan perhubungan serius dengan sesiapa pun.

Jika ada jodoh tak ke mana, usia masih muda baik fokus dulu dengan kerjaya. Apa-apa pun semoga perkembangan kerjaya dan kehidupan berjalan lancar.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group