Semenjak disahkan mempunyai masalah kemurungan (depresi) oleh doktor pakar, Haqiem Rusli kini lebih banyak mendiamkan diri dan hanya fokus kepada kesihatan beliau sahaja. Sebelum ini beliau sering dikaitkan dengan pelbagai isu dan kontroversi mengaitkan diri beliau yang menjadikan depresi sebagai gimik lagu baharu sehingga membuatkan nama beliau sendiri tercalar di dalam industry hiburan.

Namun, kini Haqiem kembali menyatakan keadaan kesihatan beliau yang semakin membaik menerusi penulisan di laman Twitter dan beliau juga telah banyak berubah dari sedig persembahan dan kemahiran komunikasi.

“Sekarang saya semakin pulih dah lebih baik dari dulu dari segi improvement atas pentas, my pr and all music stuff.”

Haqiem akui beliau masih perlukan masa untuk perubahan dalam diri beliau namun beliau yakin dan akan sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik pada setiap hari.

“Setiap hari saya belajar jadi lebih baik untuk buat mereka tersenyum dan aku tersenyum. I’m all good now. Happy.”

Rata-rata peminat dan juga netizen diluar sana yang turut memandang sisi positif Haqiem dan mendoakan akan kesihatan Haqiem bertambah baik.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group