Beberapa minggu yang lalu, penyanyi Haqiem Rusli menyatakan hasratnya bahawa beliau ingin bersara dari dunia muzik melalui catatan dalam laman social Instagram dan akan memberitahu keputusannya pada awal bulan July sama ada beliau ingin mengundurkan diri dari dunia muzik atau tidak.

Berikutan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya sepanjang dirinya bergelar anak seni, beliau mengatakan bahawa beliau tertekan dengan keadaan tersebut, malahan setelah kontroversi yang beliau ingin berhenti dari dunia muzik, beliau dihentam oleh teman artis.

Haqiem kecewa dan merasa pelik dan sedih kerana dirinya dihentam oleh teman artis dan dikritik setelah Haqiem menyatakan pendiriannya untuk bersara dan mereka mengatakan bahawa ini hanya merupakan gimik semata-mata.

Berikutan hentaman yang diterima membuatkan beliau berasa lagi tertekan dan sebelum ini beliau juga dikatakan menghadapi masalah kemurungan dan menjadi mangsa buli siber.

Menerusi rakaman video IGTV di laman social Instagram Faizal Ismail, seorang pengacara popular menemu bual Haqiem mengenai isu tersebut dan Haqiem memberikan maklum balas mengenai isu tersebut.

Haqiem meminta kepada orang diluar sana untuk berhenti mengecam dirinya dan berharap netizen termasuk peminatnya akan memberikan sokongan kepada dirinya untuk menghadapi kemelut yang melanda dirinya.

Walau apa pun keputusan yang Haqiem ambil sama ada ingin meneruskan karier atau tidak, diharapkan dapatlah membuat keputusan yang terbaik untuk diri dan semoga beliau akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group