Hefny Sahad memberikan ruang buat Uqasha Senrose untuk memulakan hidup baharu selepas hubungan cinta mereka putus di tengah jalan lapan bulan lalu.

Beliau turut menegaskan bahawa beliau menjauhi bekas kekasihnya namun tidak pernah membencinya dan menghormati Uqasha yang dikhabarkan sudah mempunyai pengganti dirinya.

Beliau tidak ingin menjadi penghalang antara Uqasha dan kekasih baharunya, namun jika beliau mendapat tawaran untuk bergandingan bersama, ianya tidak akan menjadi satu masalah kerana beliau akan bersikap profesional.

Menurut Hefny, beliau tidak akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ini.

Apa-apa pun semoga perjalanan karier Hefny berjalan lancar.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group