Henry Golding yang terkenal menerusi filem Crazy Rich Asians akan muncul dengan filem terbaharu iaitu Monsoon di mana beliau akan membawa watak seorang lelaki gay.

Menurut Henry Golding, Monsoon merupakan skrip yang berjaya menarik minat beliau dan setelah berbincang dengan pengarahnya Hng Khaou, beliau tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam filem tersebut.

Filem Monsoon tersebut mengisahkan tentang Kit iaitu seorang lelaki gay British-Vietnam yang berkunjung dari London ke negara kelahirannya di Vietnam untuk menabur abu ibu bapanya. Kit meninggalkan Saigon untuk melarikan diri Perang Vietnam-Amerika bersama keluarganya sebagai pelarian semasa dia masih muda. Dia pulang ke tanah air, 30 tahun kemudian setelah merasakan perlu kembali ke negaranya.

Henry Golding mengatakan bahawa beliau akan membawa watak beliau sebagai seorang gay dengan sepenuh hati dan jalan cerita tersebut sudah berkualiti dan beliau berharap filem tersebut akan berjaya seperti filem Crazy Rich Asians.

Adakah filem terbaharu beliau ini akan mendapat sambutan yang hangat seperti Crazy Rich Asians? Sama-sama kita nantikan.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group