Jutawan kosmetik, Safiey Illias baru-baru ini telah mengadakan rumah terbuka dengan menjemput anak-anak yatim dan tahfiz, namun beliau telah dikecam peminat malah ditegur oleh PU Amin dimana majlis itu tidak sesuai dengan adegan yang tidak elok dan boleh memberi impak negatif kepada anak-anak tahfiz itu.

Open House Safiey Ilyas . Jemput beratus anak yatim . Jemput pelajar tahfiz . Tapi ada acara laga tetek kat kepala tetamu . Ya Rabb !! Selamatkan Kami Ya Allah !!.. . Jangan lacurkan anak yatim dan anak tahfiz . Jangan gunakan mereka sebagai bahan istinjak untuk membuang najis yang kau buat . Mereka bukan bahan istinjak . Memang lah bila dijemput mereka akan datang , tapi apa kejadah nya ada benda benda ni ?.. . Sebab itu dengan posting ini dapat menjawab ‘ Kenapa PU Amin tak datang ke Open House Safiey Iliyas ? ‘.. . Biar korang benci aku , ini cara aku menyampaikan kebenaran . Kang aku buat video korang kata aku macam budak dadah punya bahasa , so aku tulis je ni. Kata Quran : Batil akan hancur dengan kebenaran ! . Petang jemput anak yatim anak tahfiz , malam pulak maksiat bermula ! Gila !.. . Ada satu lagi , Sekarang jadi trend gila gila . Buat bisnes tak fikir halal haram . Cara promosi tak fikir halal haram . Last last buat doa selamat , kenduri kendara panggil anak yatim , panggil budak tahfiz . Fuhh mudah nya kau nak tipu malaikat ?? Check Mate Bro ! #Boikot #Boikot #Boikot #Transgender #Boikot2Jantina #BoikotHaram #JulangHalal

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

pencetusummah_amin_36552099_267951607121880_6744773021950541824_n

Safiey Illias telah mengakui kesilapannya dalam hal tersebut kerana adegan tersebut sangat memberi kesan kepada mereka semua dan ianya sangat tidak relevan untuk dilakukan ketika majlis itu dihadiri oleh anak-anak yatim dan tahfiz.Isu tersebut juga dikatakan seperti Safiey Illias mempermainkan agama Islam yang mulia itu.

Safiey Illias telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagram beliau berkaitan isu tersebut setelah hampir keseluruhan orang ramai memperkatakan isu tersebut dan syukur beliau menerima teguran-teguran itu dengan hati yang terbuka.

KENYATAAN MEDIA SAFIEY ILIAS SURAT TERBUKA BERHUBUNG ISU SEMASA Berhubung isu semasa yang sedang hangat diperkatakan dikalangan masyarakat, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, khususnya kepada pengikut laman sosial saya yang beragama islam, serta seluruh rakyat Malaysia. Saya terpanggil untuk membuat pengakuan dan permohonan maaf secara terbuka berkenaan video yang tersebar bagi mengelakkan perselisihan faham dari terus menjadi keruh. Saya ingin memohon maaf kepada individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Ingin saya jelaskan disini, bahawa saya tidak akan mengulangi perbuatan saya yang telah mengganggu sensitiviti masyarakat serta mencemarkan imej agama tercinta demi kebaikan bersama. Saya menerima segala teguran yang diberikan dengan hati yang terbuka. Saya juga akan mencuba sedaya upaya saya untuk menasihati teman-teman rapat saya, tidak hanya khusus kepada golongan LGBT sahaja, juga kepada rakan-rakan selebriti wanita dan juga lelaki yang dilihat melampaui batas untuk berubah kearah kebaikan. Saya berazam dan berusaha untuk belajar dan tidak mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang. Setiap manusia tidak lari dari melalukan kesilapan. Hidup ini adalah untuk terus memberi dan memberi. Doakan saya, terima kasih. SAFIEY ILIAS 16 Julai 2018 . . @Auroraofficial_Hq #dsiempire #aurorasxpremium #aurorarosehip

A post shared by SAFIEY ILLIAS (@safieyillias94) on

Alhamdulillah dan syukur kerana Safiey Illias dapat menerima isu yang tular itu dengan hati yang terbuka dan bersedia memohon maaf secara terbuka akan kesilapan yang dilakukan oleh beliau.Apapun, kita juga harus sedar, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan dan sebagai saudara sesame Islam, kita perlu memainkan peranan penting untuk membimbing mereka ke jalan yang benar.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group