Iqram Dinzly seorang pelakon yang sebelum ini mendapat perhatian orang ramai dan orang ramai mengatakan bahawa beliau tidak siuman berikutan tingkah laku beliau yang kurang normal akhirnya kembali sedar dari dunia yang diciptanya sendiri apabila tindakan beliau memberi kesan pada diri, keluarga dan kerjaya.

Melalui wawancara BH Online, Iqram mula mencari diri beliau apabila orang ramai tidak boleh menerima tingkah laku beliau yang sedemikian rupa dan mendapat pelbagai reaksi negatif dari orang ramai bahkan dianggap tidak siuman.

Iqram juga mengatakan bahawa beliau malu dengan tindakan beliau sebelum ini dan sedar bahawa beliau terlalu leka melayan diri dan perasaan, dan beliau tidak mahu lagi melakukan kerja gila.

Mama adalah insan yang membuat beliau kembali ke pangkal jalan, dan beliau tidak sedar bahawa perbuatan beliau selama ini memberi kesan sangat besar kepadanya dan keluarga.

Iqram memohon maaf kepada semua pihak yang terguris perasaan disebabkan perbuatannya dan berjanji demi keluarganya yang beliau tidak akan melakukan kerja gila lagi.

Diharapkan Iqram akan sentiasa bersabar dengan segala dugaan yang dating dan orang ramai berhentilah mengatakan Iqram tidak siuman. Berilah Iqram peluang kedua untuk kembali menjadi dirinya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group