Penyanyi, Ismail Izzani yang sebelum hangat diperkatakan oleh Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie yang mendakwa beliau telah meniduri rakan mereka dan tidak membayar balik wang Zarina untuk ‘check in’ di sebuah hotel.

Beliau akui emosi sedikit terganggu berikutan isu tersebut dan penyebaran gambar beliau yang kelihatan seakan akan memeluk Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam baru-baru ini.

Ismail berkata, perkara itu turut mengganggu tidur malam beliau disebabkan tidak tenteram gara-gara memikirkan isu yang sedang hangat itu.

“Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku.”

“Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam.”

Dalam pada itu, Ismail akui setelah isu ini hangat diperkatakan orang, beliau sedar perkara ini dapat memberi satu pengajaran kepada diri beliau dan ia sekaligus telah mengecewakan keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik supaya mereka dapat menerima saya semula.”

“Ini adalah ujian paling hebat yang pernah saya terima sepanjang 18 tahun hidup dan ia merupakan pengajaran sangat berguna untuk saya.”

Apabila ditanya mengenai kebenaran dan kesahihan dakwaan yang telah dilemparkan kepada beliau oleh dua pelakon itu, Ismail memilih untuk tidak menjelaskan apa-apa untuk masa ini dan menyatakan bakal berkongsi cerita sebenar itu suatu hari nanti.

“Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka kerana lagi kita bercerita akan membuka ruang kepada mereka.”

“Bersabarlah… tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Kami dah berbincang bersama keluarga dan pihak pengurusan untuk tidak ulas isu ini secara mendalam buat masa ini.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group