Pengarah Filem, Erma Fatima memberi reaksi beliau berikutan penangkapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Instagram miliknya.

Beliau menyatakan reaksi sebak kerana telah sekian lama menunggu saat ini dan mengatakan kemungkinan rata-rata netizen akan menganggap sikapnya itu “biadab” namun beliau sudah tidak sanggup untuk melihat perbalahan bangsa beliau sendiri.

Airmata aku menitis tak pasal-pasal mlm ni. SEBAK kerana sekian lama aku menunggu saat ini. KERANA jiwa aku makin sakit melihat BANGSA aku berbalah antara satu sama lain..mungkin kalian boleh mengatakan aku BIADAB kerana seolah berharap pd penangkapan ini. Silakan! Aku BERHARAP penangkapan ini akn mengurangkan dosa kita semua. Dosa kita yg selama ini hidup di dalam teka teki…spekulasi demi spekulasi sendiri.. hari ini kita tdk perlu lagi berteka teki. Sejahat mana pun beliau…tercatat d dlm sejarah beliau lh yg pernah memimpin negara kita satu ketika dulu. Kita tk mampu memadam sejarah. Walaupun perit utk d lalui oleh keluarga DSN dan penyokong BN namun aku berharap disinilah berakhirnya segala fitnah memfitnah..tuduh menuduh..hina menghina…maki bermaki…dendam berdendam..dan segala macam mak nenek spekulasi kita kpd beliau. Saat ini akan menjadi saat bersejarah buat negara kita…saat yg bakal membuka mata seluruh rakyat dan pemimpin negara yg lain tanpa mengira parti politik..Aku hanya mampu berdoa agar Allah tunjukanlah KEBENARAN kpd kami semua…..KEBENARAN YG ADIL DAN SAKSAMA…KEBENARAN yg bakal MEMBUKA MATA RAKYAT! KEBENARAN itulah dariMU Ya Allah. Sy mohon kpd sahabat2 semua…Hentikanlah memperlekeh dan menghina beliau. Itu bukan budaya kita…biarkan undang2 menentukan segalanya. Sy percaya atas izin Allah PENANGKAPAN ini akan MEMBUKA SEGALA KEBENARANNYA…sy berkata kata bukan atas nama Barisan Nasional , UMNO, Pakatan Pas atau parti apa pun. Sy berkata-kata sebagai seorang MANUSIA kepada MANUSIA lain. Ampun dan Maaf dari sy wahai BANGSA ku yg ku kasihi… BILA KAU ADA SAHABAT YG MELAKUKAN KHILAF.. MAKA GENGGAMLAH TANGANNYA ERAT2 DAN TEGURLAH SEGALA KEKHILAFANNYA… ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN BUAT SESEORANG YG BERKASIH SAYANG SESAMA SAUDARA KERANA-NYA.

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Dalam masa yang sama, beliau berharap agar berikutan kes penangkapan ini, orang ramai dapat membuka mata mereka untuk tidak terus-terusan menghina dan menfitnah tanpa usul periksa. Beliau juga menasihati orang ramai supaya tidak terus menghukum bekas Perdana Menteri itu kerana walaubagaimanapun beliau telah berkhidmat hampir separuh hidup beliau untuk membangunkan dan mengukuhkan Negara.

Apa pun yang terjadi, sama sama lah kita berdoa supaya Allah menunjukkan kebenaran yang sebenar.Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan sedar atau tanpa sedar.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group