Jika sebelum ini, Syafiq Kyle, anak lelaki Che Ta, Ammar Effendy dan juga pelakon baharu Ikmal Amry pernah menjadi mangsa berkaitan isu gambar dan video bogel yang mirip wajah mereka di laman sosial, kini Jaa Suzuran pula bakal menerima nasib yang sama setelah satu akaun Twitter mendedahkan bakal berkongsi gambar bogel mirip Jaa Suzuran pula.

Walau bagaimanapun, Jaa Suzuran sendiri tidak pernah takut dengan kata-kata berbaur ugutan itu kerana beliau sendiri yakin dan pasti tidak pernah melakukan perkara yang diwar-warkan oleh pemilik akaun Twitter itu.

“Saya tak takut pun sebab memang tak pernah hantar gambar bogel atau gambar tidak senonoh pada sesiapa.”

“Malah, saya tak pernah simpan atau ambil gambar seperti itu. Jadi, buat apa saya nak takut.”

Jaa Suzuran turut berkongsi perasaan tidak sabar beliau untuk melihat diri beliau ‘diviralkan’ kerana beliau yakin ada pihak yang ingin menjatuhkan beliau dengan melakukan penyuntingan pada gambar tersebut ataupun pernah meletakkan kamera di bilik mandi beliau.

“Saya lagi rasa tak sabar nak tengok gambar yang dikatakan diri saya itu. Nak tengok macam mana mereka sunting gambar tersebut.”

“Sama ada mereka sunting atau memang ada orang letak kamera di dalam bilik mandi saya.”

“Mungkin juga ada pihak yang mencuba menjatuhkan saya dengan cara seperti ini.”

Jaa turut menasihati netizen supaya tidak terus mempercayai berita-berita yang tidak sahih dek kerana pelbagai teknologi canggih yang boleh digunakan pada zaman sekarang untuk menjatuhkan seseorang dengan cara yang jijik.

“Kita semua kena ubah pemikiran. Bukan semua berita adalah benar. Zaman fitnah sudah berleluasa.”

“Kena main peranan yang penting dan jangan mudah percaya dengan sesuatu berita yang tidak sahih.”

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group