Pelakon dan penyanyi, Janna Nick telah memasang impian beliau untuk memiliki dan membeli sebuah rumah mewah yang berharga sekitar RM 12 juta dan mengakui hanya akan berkahwin setelah beliau memiliki rumah mewah tersebut.

Janna Nick juga telah berkongsi gambar rumah mewah idamannya itu kepada umum di laman Twitter beliau.

Rata-rata peminat beliau mendoakan supaya Janna Nick dapat memenuhi impian beliau untuk memilik rumah mewah tersebut.

“Insha allah syggg dimana ada kemahuan disitu allah akan bg kita jalann.”

“InshaaAllah satu hari nnti dpt la tu. Usaha dan doa. Kami pon sentiasa doakan awak.”

“InsyaAllah one day. Kena kerja keras lagi. Lepas dah beli ni tak boleh p holiday dah. Janna nickers always support you.”

“suruh bakal suami belikan. Hehe”

Sekiranya seseorang mempunyai sesuatu niat atau impian untuk memilik sesuatu yang berharga, perlu disertakan dengan usaha dan kerja keras yang gigih supaya dapat memilik apa yang kita impikan.

Tidak salah bagi Janna Nick untuk memasang niat dan angan-angan seperti itu kerana setiap manusia pasti mempunyai angan-angan mereka sendiri.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group