Pengarah filem Nam Ron mendapat pujian netizen kerana menggunakan bahasa kebangsaan untuk menjawab pertanyaan dari moderator dan penonton dalam sesi apresiasi yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi New York Asian Film Festival (NYAFF) selepas tayangan filem One Two Jaga: Crossroads.

Netizen memuji tindakan Nam Ron kerana beliau bukan sahaja membawa nama Malaysia menerusi filem beliau bahkan memperkasakan bahasa Melayu ketika sesi aspresiasi.

Nam Ron mengatakan bahawa ini bukan kali pertama beliau menggunakan bahasa Melayu dalam sesi aspresiasi filem dan teater dalam festival di luar negara, dan beliau bertutur menggunakan bahasa Melayu supaya ulasan yang diberikan oleh beliau sampai maksudnya kepada orang ramai.

Penggunaan bahasa kebangsaan yang merupakan identiti kepada setiap rakyat Malaysia di festival sebegini akan membuatkan orang luar lebih hormat terhadap negara kita menurut Nam Ron.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group