Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai Balqis Tuah yang merupakan individu bertugas sebagai jururawat telah mengkritik babak sebuah drama tempatan yang difikirkan tidak logik secara praktikal.

Individu itu berkata, sebagai seorang jururawat, beliau merasakan sangat tidak logik apabila seorang pesakit dimasukkan tiub ETT (endotracheal tube) dalam trakea namun masih boleh bercakap secara normal dan aktif seperti yang dipertontonkan di dalam sebuah drama tempatan.

“Sepanjang aku kerja tak pernah lagi dapat intubated patient yang boleh cakap dan aktif macam ni.”

Beliau juga menyuruh pihak penerbit supaya lakukan rujukan dengan lebih teliti dan mendalam lagi berkaitan babak-babak yang perlu dilakukan sebagai pesakit mahupun doktor supaya lebih mengetahui ketepatan dan kesahihan berkaitan punca dan bagaimana sesuatu penyakit boleh diubati dan diketahui sebelum membuat rakaman dengan apa-apa yang berkaitan hospital.

“Again, drama Melayu do your research!”

Netizen yang lain juga turut menyokong kenyataan yang dilakukan oleh individu yang dikenali sebagai Balqis Tuah itu.

“Aku pernah kena intubated sampai tahap I can’t speak. Terseksa woi benda tu dalam mulut. Yang pasti aku tak boleh makan 11 hari.”

“Seriuslah ETT tube masih dalam trakea pun masih boleh bercakap. Tak ada reflux. Nafas pun cantik.”

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group