Seorang pemuda yang dikenali sebagai Zukhairi Zulkifli yang dikatakan mempunyai wajah yang seiras pelakon terkenal tanah air iaitu, Syafiq Kyle mengakui bahawa mempunyai perasaan gementar apabila berjumpa dengan pelakon tersebut.

“Perasaannya memang sangat gementar dan tidak tahu nak cakap macam mana, saya malu sangat masa tu.”

Zukhairi berkata pertemuan tersebut merupakan kenangan yang paling manis buat diri beliau apabila dipertemukan dengan Syafiq Kyle di stesen radio Manis FM yang terletak di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

“Pihak Manis FM jemput saya untuk datang ke konti berikutan Syafiq dan Hanna Delisha berada di sana untuk mempromosikan filem baru mereka.”

Zukhairi juga menyatakan bahawa Syafiq Kyle adalah seorang pemuda yang baik dan ramah dengan peminat dan beliau sekali gus mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Manis FM kerana telah mempertemukan beliau dengan Syafiq Kyle.

“Terima kasih Manis FM yang beri peluang saya bertemu dengan Syafiq Kyle. Ia menjadi kenangan terindah buat saya.”

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group