Daiyan Trisha yang kini bergandingan dengan Aliff Aziz di dalam satu drama Sejuta Rasa Buat Adelia dikhabarkan menerima amaran dari peminat agar tidak rapat dengan Aliff Aziz agar tidak mengulangi kontroversi yang pernah berlaku antara Aliff Aziz dan Afiifah Nasir sebelum ini.

Melalui wawancara Harian Metro, Daiyan mengatakan bahawa beliau mendapat amaran tersebut setelah beliau kongsikan berita mengenai gandingan beliau bersama Aliff dan peminat memberi amaran agar beliau tidak keluar karaoke bersamanya.

Walaupun begitu, Daiyan hanya menggangap amaran itu sebagai jenaka dan beliau sudah meletakkan had terhadap diri dimana beliau akan bersikap profesional.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau senang bergandingan dengan Aliff dan tidak terlintas langsung rasa risau dalam dirinya apabila mengetahui akan bergandingan dengan Aliff dalam drama tersebut.

Diharap Daiyan akan berjaya dalam kerjaya dan drama terbaru beliau, semoga masyarakat diluar sana tidak terlalu bersikap prejudis terhadap pelakon wanita yang akan bergandingan dengan Aliff kelak kerana pastinya mereka tahu tahu batas perhubungan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group