Berikutan ekonomi pada zaman sekarang yang kurang stabil, yang memaksa penduduk dan peniaga tempatan melakukan dua pekerjaan dalam masa sehari untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

Namun berbeza dengan nasib seorang individu ini yang telah disita kedai beliau oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) setelah status Twitter yang dimuat naik oleh Linda Onn seakan menyindir MPAJ tidak melakukan kerja dan ingin juga memacakkan payung dan berniaga seperti individu itu.

Linda Onn berkata bahawa peniaga zaman sekarang dengan senang lenang dapat berniaga di tepi jalan seperti itu tanpa perlu membayar sewa sehingga RM9,000-RM10,000 berbanding dengan beliau yang terpaksa membayar sewa untuk membuka kedai.

Setelah MPAJ melakukan tugas mereka, individu tersebut turut memuat naik status beliau di laman Twitter dengan mengucapkan terima kasih kepada Linda Onn walaupun terpaksa berputih mata melihat warung beliau diangkut dan disita oleh pihak MPAJ.

Individu yang dikenali dengan nama Amirul Dzulkarnain meluahkan perasaan sayu beliau bahawa mereka juga ingin membuka kedai sendiri sekiranya mempunyai pendapatan lebih dan berkata tidak semestinya peniaga seperti mereka mempunyai keuntungan yang banyak kerana dalam perniagaan pasti ada pasang surut, lebih-lebih lagi peniaga tepi jalan seperti mereka yang terpaksa tutup kedai apabila hujan turun.

Rata-rata netizen ada yang bersimpati dengan nasib individu tersebut dan merasakan sikap Linda Onn adalah sikap dengki dalam perniagaan sesama Melayu namun ada juga yang menyokong sikap beliau itu.

respon netizen

tweet linda

Setelah kejadian itu berlaku, Linda Onn tampil memberi penjelasan dan memohon maaf di atas status Twitter beliau tempoh hari dan beliau menyatakan ketidak sangkaan beliau terhadap tindakan yang diambil oleh MPAJ yang menyita warung individu tersebut.

Kami merasakan ianya bukan salah Linda Onn untuk bersuara tentang isu ini kerana kos operasi untuk menjalankan perniagaan restoran sememangnya tinggi. Moga pihak berwajib hadir dengan solusi supaya perniagaan tepi jalan juga dapat beroperasi secara sah dan pada masa yang sama peniaga tidak mengotorkan kawasan tempat mereka berniaga.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group