Penyanyi baru yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin, Khalis kini tampil solo setelah kumpulan beliau, The Real Spin yang akhirnya berpecah sejak setahun yang lalu setelah kontrak bersama Solaris Entertainment tamat namun beliau tiada sebarang masalah sekiranya dipanggil untuk bergabung sekali lagi dengan kumpulan tersebut.

“Memandangkan masing-masing mempunyai komitmen tersendiri, hanya saya yang menyambung kontrak. Mereka tiada masalah saya meneruskan minat memandangkan masing-masing sudah berkeluarga. Tetapi, jika nanti ada permintaan untuk kami kembali bergabung nanti, saya tiada masalah bekerjasama,” Kata Khalis

Khalis yang juga merupakan pengawal keselamatan sebelum menjadi selebriti berkata, beliau tidak pernah malu untuk meneruskan kerjaya beliau sebagai pengawal keselamatan kerana itu adalah pekerjaan yang halal dan merupakan pekerjaan beliau sebelum bergelar selebriti.

khalis

“Saya hanya mencari rezeki yang halal. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana saya tidak menyusahkan sesiapa. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak berdepan masalah besar meneruskan minat dalam bidang seni.”

Khalis yang bakal muncul dengan single terbaru beliau, Selalu Rindu berpuas hati dengan sambutan positif daripada penonton terhadap lagu beliau sebelum ini iaitu Semakin Rindu.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group