Baru-baru ini, Hairul Azreen dan Ammar Alfian nyaris menjadi sasaran lanun ketika penggambaran filem Paskal di Semporna, pertengahan tahun ini dikatakan membuat pertuduhan yang tidak berasas oleh Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazal.

Kenyataan yang diberikan oleh pelakon tersebut mengundang persepsi negatif orang awam terhadap tahap keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dan ketika sesi penggambaran filem tersebut, pelakon serta kru disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL).

Menurut Komander ESSCOM, jika kenyataan yang diberikan ini merupakan satu gimik untuk mempromosikan filem tersebut dan untuk menarik minat penonton untuk menonton filem tersebut, ia merupakan publisiti murahan dan jika benar ianya terjadi, beliau meminta pelakon-pelakon tersebut untuk membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya lagi jika ianya hanyalah gimik dan kenyataan tersebut menimbulkan kegusaran masyarakat mengenai soal keselamatan dan ketenteraman awam, pelakon-pelakon tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Bukan semua benda boleh dijadikan sebagai gimik, sebagai netizen semestinya tidak mahu dibohongi dengan gimik yang seperti ini. Promosikanlah hasil kerja dengan saluran yang betul.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group