Baru-baru ini, viral di laman sosial Twitter mengenai seorang pramugari iaitu Fatin Junaidi yang menyesal akan dirinya yang pernah menjadi pengkid pada satu masa dahulu.

Rata-rata netizen memberikan pujian kepadanya atas perubahan yang dilakukan oleh beliau iaitu dengan kembali menjadi wanita sejati semula.

Ketika ditanya lelaki mana yang menyebabkan beliau berubah, beliau menjawab perubahan itu datang secara sendiri dan tidak dipengaruhi orang luar.

Fatin kini telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya.

Tahniah diucapkan kepada beliau dan tiada manusia yang sempurna. Semoga cerita ini memberikan inspirasi buat mereka di luar sana yang mungkin menghadapi masalah kecelaruan identiti untuk berubah.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group