Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang telah berkahwin dengan usahawan dari Malaysia iaitu Engku Emran, selama setahun mengakui melayari kehidupan berkeluarga dengan bahagia.

Bella akui dalam menempuh bahtera rumah tangga bersama usahawan tersebut, beliau perlu mempelajari banyak perkara dan harus sentiasa mengutamakan suami sebelum melakukan apa-apa keputusan.

“Alhamdulillah, apabila sudah berkahwin kita perlu berkongsi banyak perkara dan kena selalu bertolak ansur.”

“Apa-apa pun yang kita nak lakukan  tidak boleh buat keputusan sendiri, memang banyaklah yang saya belajar.”

laudyacynthiabella_40387013_430872627439220_5118702913546598_n

Bella yang bernikah dengan pasangannya itu pada 8 September tahun lalu yang telah menginjak satu tahun tempoh perkahwinan mereka berkata, tiada sebarang acara yang dianjurkan mereka untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka namun ianya hanya disambut dengan hanya makan malam berdua di Kuala Lumpur.

“Tak ada apa-apa majlis, kami berdua cuma makan malam di Kuala Lumpur kerana pagi esoknya saya perlu pulang ke Indonesia.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group