Penyanyi, Haqiem Rusli atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli yang telah banyak menerima kecaman daripada netizen kini mengakui sudah lali dan tidak mahu ambil peduli akan kata kata tohmahan daripada netizen.

Haqiem Rusli menganggap kesemua kecaman, hinaan yang dilontarkan kepada beliau itu satu pengajaran dan dapat dijadikan sebagai satu kata-kata untuk menjadikan beliau lebih matang dan berfikiran terbuka.

Terbaru apabila kata-kata “Pergi Mampus Haqiem Rusli” yang dikatakan oleh Noh Hujan ketika mengadakan persembahan bersempena Love Suria Charity dan mendapat respon daripada orang ramai yang hadir.

Seorang individu yang hadir di persembahan itu telah menulis status beliau di laman Twitter yang mengatakan kata-kata yang dikeluarkan oleh Noh Hujan itu adalah satu kata-kata yang bagus namun ada individu yang tidak menyokong kenyataan tersebut dan berkata supaya Haqiem Rusli mempunyai bakat yang besar dan diharapkan orang ramai dapat memberikan beliau peluang memperbaiki diri.

Haqiem Rusli turut menulis status di laman Twitter beliau dengan mengatakan perbuatan menunjukkan kematangan seseorang dan beliau akan mencuba untuk menjadi matang selepas ini.Beliau sudah tidak peduli sekiranya ada yang ingin membenci ataupun menghina beliau kerana bagi beliau selagi beliau tidak mengganggu sesiapa itu sudah memadai.

“Biarlah siapa yang nak benci saya, kutuk serta hina. Asalkan saya tak ada kacau orang.”

“Kadang-kadang perbuatan mereka tu menunjukkan siapa lebih matang. Bagaimanapun, terima kasih.”

“Aku akan cuba keluarkan lagu-lagu yang berkualiti.”

Orang ramai mahupun rakan selebriti diharapkan memberi peluang kepada Haqiem Rusli untuk memperbaiki diri beliau dan bukannya terus menambahkan lagi kebencian dikalangan netizen-netizen yang sudahpun membenci diri beliau.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group