Seorang individu yang dikenali sebagai Adam Zainee merupakan lelaki yang mirip sekali dengan penyanyi terkenal dan hebat tanah air, Hael Husaini.Baru-baru ini, kisah beliau tular di laman sosial apabila netizen mengetahui wajah beliau yang mirip wajah Hael itu.

Melalui Instagram individu tersebut, beliau mengakui telah melakukan pembedahan plastik pada wajah beliau untuk memiliki wajah seakan Hael Husaini sehingga sanggup menghabiskan wang sebanyak RM45 ribu namun beliau berkata kepada mStar Online itu hanya sekadar untuk memberi sindiran kepada netizen yang tidak habis-habis mengatakan hal tersebut kepada beliau.

adamzainee

“Apa yang saya tulis itu hanya sekadar sindiran untuk netizen yang tak habis-habis kata saya sengaja nak tiru dan mahu menggunakan populariti Hael.”

Menurut kapsyen Instagram, beliau mengakui telah melakukan pembedahan pada muka, hidung dan dagu beliau bagi menyerupai wajah Hael Husaini namun sebenarnya beliau hanya mengenakan teknik solekan dan sedikit penampilan yang menyerupai Hael Husaini

“Sebenarnya, ia hanya teknik solekan yang menampakkan wajah saya seperti dia. Selain, penampilan yang lebih kurang sama.”

Rata-rata netizen beranggapan Adam Zainee menggunakan populariti Hael Husaini untuk menjadi terkenal setelah mengetahui individu itu melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk menyerupai wajah Hael Husaini.

Adam Zainee menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk menyerupai Hael Husaini mahupun mencari publisiti melalui populariti Hael Husaini malah beliau menjadikan Hael Husaini sebagai sumber inspirasi beliau untuk menceburi diri dalam bidang seni.

“Dia juga merupakan sumber inspirasi untuk saya ceburi bidang seni. Saya kagum dengan perjalanan karier seni dia.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group