Baru-baru ini salah seorang ikon belia yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah dijemput oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail (FBI) sebagai tetamu FBI Live. Rancangan tersebut memberi ruang kepada orang ramai untuk berbual secara langsung dengan YB Nurul Izzah melalui panggilan telefon ke konti tersebut.

Namun begitu, satu insiden yang agak awkward terjadi apabila seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai “Azrul” menelefon ke konti semata-mata untuk menegur tudung YB Nurul Izzah yang terselak hingga menampakkan bahagian dada beliau.

Menurut Azrul, dia berjumpa dengan YB Nurul Izzah ketika dia bertugas di pejabat Bernama. Teguran yang begitu terbuka itu menampakkan riak terkejut yang begitu nyata pada wajah YB Nurul Izzah. Potongan video tersebut yang kemudiannya tular dan menarik perhatian netizen yang turut tidak senang dengan teguran terbuka tersebut.

Jelas sekali orang ramai menganggap teguran tersebut lebih terarah kepada memalukan dan menjatuhkan air muka seorang wanita. Berikut antara komen orang ramai mengenai kurangnya budi pekerti seorang manusia yang tidak peka dengan batas bicaranya di khalayak umum.

YB Nurul Izzah tidak berdiam diri, berikut merupakan respon beliau yang dikongsikan di laman Twitternya.

Pada hemat kami, tidak salah untuk menegur tetapi janganlah sehingga menjatuhkan air muka seseorang kerana teguran secara berhemah melambangkan mentaliti seseorang. Jika hendak menegur sesuatu yang agak sensitif tegurlah secara peribadi.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group