Pengasas kosmetik “Terlajak Laris”, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya baru sahaja menimang cahaya mata setelah menunggu selama enam tahun.Baru-baru ini, beliau telah mengadakan majlis tahnik dan akikah buat anak keempat beliau, Yusoff AlQardawi di kediaman mereka di Kota Damansara dan turut mengadakan rumah terbuka yang bermula jam 8.00 malam.

Yusoff AlQardawi

Berkaitan majlis akikah anak Datuk Aliff Syukri, beliau dikatakan seperti menunjuk-nunjuk apabila mengadakan majlis itu secara mewah oleh orang ramai.Namun bagi beliau, ia sangatlah berbaloi apabila telah menunggu selama enam tahun untuk mendapatkan Yusoff AlQardawi.

“Hampir enam tahun, akhirnya kami diberikan rezeki anak. Jadi rasanya tidak salah untuk saya lakukan sesuatu bagi meraikan anak keempat.Kebetulan Yusoff dilahirkan pada Syawal, jadi kami anjurkan sekali rumah terbuka. Sebab itulah ia jadi meriah dan Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan dipermudahkan.”

Bagi beliau, permintaan isteri itu sangat penting dan beliau menyatakan isteri beliau tidak mahu dihadiahkan dengan beg tangan malah meminta beliau untuk mengadakan majlis akikah dengan meriah dan itu adalah satu hadiah yang cukup bermakna.

“Malah saya juga tanya isteri, apa yang dimahukan bersempena dengan kelahiran anak kami. Dia tidak mahu beg tangan atau apa, katanya cukup jika lakukan majlis akikah dengan meriah.”

Datuk Aliff Syukri juga berkata, pasti orang ramai turut jadikan isu katil anak beliau sebagai satu bualan namun beliau menjelaskan bahawa itu adalah sebahagian daripada hobi beliau kerana menyukai sesuatu yang cantik dan dapat jadikan ia sebagai kenangan sekeluarga.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group