Fikri Mark Adam atau dikenali Mark Adam yang popular menerusi lagu Pencuri menzahirkan niatnya untuk berehat seketika dari dunia nyanyian untuk memberikan tumpuan kepada dunia lakonan.

Menerusi wawancara dari BH Online, Mark Adam ingin focus kepada dunia lakonan yang diceburinya kerana mendapat tawaran yang memberansangkan dan disebabkan itu, Mark mengambil keputusan untuk fokus pada bidang lakonan.

Walaupun Mark memberi fokus sepenuhnya dalam bidang lakonan pada tahun ini, Mark sedang dalam proses merakamkan beberapa single untuk dilancarkan pada tahun hadapan.

Mark juga percaya bahawa ini semua adalah rezeki dan beliau tidak kisah jika lebih dikenali sebagai pelakon dan beliau akan melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang yang dilakukan.

Diharap Mark Adam akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan akan memberikan yang terbaik untuk menghiburkan peminat beliau sama ada dalam dunia lakonan mahupun nyanyian.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group