Safiey Illias , usahawan kosmetik yang dahulunya dikecam teruk disebabkan perubahannya secara mendadak dengan kembali menjadi perempuan setelah pulang ke pangkal jalan kini mencetuskan sekali lagi kecaman netizen.

Beliau kembali mendapat kecaman teruk daripada netizen apabila baru-baru ini memuat naik satu video di laman Instagram milik beliau ketika beliau mengadakan sesi fotografi yang mengenakan busana yang kelihatan separuh bogel dan agak menjolok mata itu.

“Makan hati ke sakit hati?” tulis Safiey Illias ringkas di laman Instagram beliau sehingga mengundang kecaman dari netizen dan tidak kurang daripada itu , Safiey Illias turut membalas kecaman netizen melalui komen-komen negative daripada beliau.

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group