Personaliti TV, Mizz Nina yang juga isteri kepada Noh Hujan kini lebih mendekati ilmu agama dengan melanjutkan pengajian beliau dalam Diploma Pengajian Islam melalui dalam talian.

Mizz Nina berkata, ilmu agama mudah dipelajari secara dalam talian dek kerana beliau yang lebih banyak melancong dan melalukan sesi penggambaran di luar negara.

“Saya boleh belajar secara ‘live’ di dalam kelas dan jika terlepas kelas, saya boleh mendengar rakaman semula.”

“Ada kelas menerusi aplikasi Skype bersama ppensyarah dari Kanada dan Amerika Syarikat. Kelas diadakan sebanyak 3 kali seminggu untuk sesi selama 4 jam setiap kelas.”

“Banyak subjek sebenarnya yang ada seperti tafsiran, hadis, sirah dan ada juga peperiksaan. Belajar secara ‘online’ adalah suatu yang menyeronokkan.”

Beliau yang mengambil pengkhususan Taklim al-Quran di Alhuda International sejak 8 bulan lalu berkata beliau berhasrat ingin menamatkan pengajian tersebut dalam tempoh 2 tahun dari sekarang.

Dalam masa yang sama, beliau menyuarakan keputusan beliau untuk menamatkan dunia nyanyian beliau dan ingin fokus dalam mendalami ilmu agama Islam dan berbakti sebagai umat Islam.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group