Pelakon comel drama bersiri ‘Mencintaimu Mr Photographer’, Hannah Delisha baru-baru ini telah memuat naik sekeping gambar beliau berada di gimnasium di laman Instagram milik beliau telah mengundang teguran netizen.

Tindakan beliau mendapat perhatian daripada netizen kerana gambar tersebut kurang sesuai untuk dipertontonkan oleh netizen lebih-lebih lagi kepada kaum lelaki. Ramai netizen yang meminta beliau untuk memadamkan dengan segera gambar tersebut kerana terlalu ‘seksi’. Namun dalam masa yang sama, ada juga yang menyokong tindakan Hannah Delisha itu.

“Ya ampun. Terdedah sangat gambar ni. Aurat tu jangan tunjuk sangat. Banyak mata-mata jahat lelaki yang save gambar ni,”komen salah seorang daripada pengikut Instagram beliau.

Sebagai seorang selebriti, Hannah Delisha seharusnya berhati-hati selepas ini untuk memuat naik apa jua gambar di laman media sosial milik beliau.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group