Baru-baru ini, Datin Paduka Eina Azman memuat naik video di laman sosial Instagramnya dan mendapat kecaman netizen.

Beliau memuat naik video bercium dengan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ketika bercuti ke Greece untuk menyambut ulang tahun perkahwinan ke empat mereka.

Rata-rata netizan mengecam tindakan beliau yang memuat naik video kemesraan pada umum kerana video tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum walaupun mereka sudah berkahwin.

Netizen juga mengatakan bahawa perkara-perkara tersebut mungkin akan menjadi ikutan kepada anak muda.

Tak salah nak tunjuk yang kita bahagia tapi mungkin patut ada batas untuk ditunjukkan kepada umum. Mungkin Datin Paduka Eina Azman boleh mengambil nasihat secara terbuka dari netizen untuk menjadi lebih baik.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group