Tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dengan telatah pelawak dan juga pengacara, Nabil Ahmad yang lucu dan bersahaja ketika mengacarakan apa-apa program terutama sekali bagi program Meletop.

Namun, pada kali ini beliau telah dikecam netizen dek kerana lawak beliau yang dianggap telah mempersendakan kumpulan Caliph Busker apabila pihak filem Langsuir membawakan hantu langsuir ke program Meletop sebagai gimik bagi mempromosikan filem Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.

Nabil yang kelihatan terkejut itu telah mengeluarkan perkataan yang mungkin boleh mengguris hati ahli kumpulan Caliph Busker meskipun itu hanya sekadar gurauan bagi beliau.

Rata-rata netizen beranggapan gurauan yang dilemparkan oleh Nabil itu satu gurauan yang melampau dan mengguriskan hati ahli kumpulan Caliph Busker.

“Bebal nabil.. pd die lawaklah konon, padahal dok malukan owg lain.. mende ntah pangai haji ni.”

“Its not even a joke Nabil. Please. Makin annoyed pula bila buat lawak macam mempersendakan orang ni. & even if its korang (Nabil & Lofa) punya show, respect the guests la walaupun tu kawan sendiri kat luar.”

“Anak2 n ahli keluarga nabil..xda yang buta.. sebab tu dia suka bahankan orang kurang upaya.”

Kemungkinan Nabil Ahmad berniat untuk bergurau sahaja dan tidak sedar akan hal itu bakal mengguris hati ahli kumpulan Caliph Busker dek kerana seperti yang umum sedia maklum hubungan mereka sangat akrab dan berkemungkinan mereka tidak akan ambil hati dengan kata-kata itu.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda! 

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group