Persengketaan antara Nabila Huda dan ayah tercinta, Amy Search bukanlah suatu hal yang asing lagi pada pengetahuan umum. Namun di sebalik persengketaan itu, rupa-rupanya ada kisah yang tidak disangkakan terjadi disebabkan oleh orang ke-3.

Menurut catatan luahan pada Insta Stories milik Nabila Huda, @kupu_kupu persengketaan tersebut disebabkan oleh orang yang tidak asing lagi dalam keluarganya yang dipercayai sebagai ibu tirinya sendiri. Luahan tersebut dimuat naik ke Insta Stories sebanyak hampir 20 lembaran.

nh1

Pendedahan berterusan ke stories seterusnya. Menurut luahan tersebut, beliau telah menerima layanan buruk daripada ibu tirinya semenjak beliau berusia belasan tahun lagi. Lebih menyedihkan, komunikasi antara Nabila dan ayahnya turut terganggu hingga menyebaban tahun ini menjadi tahun ke-3 beliau tidak merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama ayah tercinta.

Kesemua rantaian luahan tersebut kemudian disimpan di ruangan Highlight Stories. Semoga bulan yang penuh berkah ini dapat memberi sinar baharu dalam kehidupa mereka sekeluarga.

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group