Nam Ron mendedahkan bahawa adegan lelaki ditahan polis kerana mencuri makanan dalam filem One Two Jaga diinspirasikan berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya 18 tahun lalu di laman sosial Twitternya.

Beliau mengatakan waktu tersebut beliau berbulan tiada pekerjaan dan tiada duit berikutan beliau baharu sahaja menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Berikutan itu, beliau pernah terfikir untuk merompak kedai serbaneka 7E dan jika beliau ditangkap, beliau akan mengatakan bahawa beliau sudah seminggu tidak makan kerana tidak bekerja.

Akan tetapi, beliau tidak meneruskan niatnya untuk merompak tetapi beliau berjumpa dengan U-Wei, pengarah filem dan menceritakan keadaannya, kemudian beliau diberikan RM50 oleh U-Wei.

Atas pertolongan yang diberikan oleh U-Wei, beliau tidak menjadi perompak.

Jika ada dari kalangan kawan-kawan anda yang kelaparan, bantulah memberi makanan kerana apabila lapar minda tidak boleh berfikir dengan baik.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group