Pengarah Namron meluahkan rasa kecewanya di laman Twitter apabila melihat kedudukan filem One Two Jaga kurang mendapat sambutan hangat semalam.

Beliau juga mengatakan bahawa sebelum ini ramai yang mengatakan akan menyokong untuk menonton filem tersebut tapi sambutan yang diterimanya amat menghampakan.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau menghasilkan filem yang agak ringan untuk menarik orang ramai menontonnya tapi tidak mendapat sambutan.

Menurutnya, mungkin jika beliau menghasilkan filem yang bergenre porno mungkin orang akan datang untuk menontonnya.

Mungkin orang ramai masih tak tahu filem One Two Jaga sudah ditayangkan di pawagam. Jadi marilah kita menyokong filem tempatan. Bagi yang belum tahu filem tersebut berkisarkan apa, marilah kita menonton trailer ini bersama-sama.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group