Pelakon, Nasir Bilal Khan yang memegang watak Abuja dalam filem Munafik 2, mengakui teruja dengan sambutan yang diterima beliau melalui watak antagonis yang dipegang beliau.

Nasir juga ada menyatakan kerisauan beliau dengan penerimaan penonton akan watak antagonis yang beliau lakonkan sehingga boleh mengundang kebencian melampau dalam diri penonton-penonton.

munafik2movie_37661010_950118698525129_4211584770850684928_n

“Bila ditawarkan watak Abuja sebenarnya saya pun takut.”

“Risau, nanti tiba-tiba pergi pasar orang ludah saya. Tapi yang penting Allah tak benci saya”

Namun, Nasir juga yakin sekiranya watak yang dipegang beliau dapat mengundang kebencian dalam kalangan penonton, itu bermakna lakonan yang dilakonkan beliau sangat mantap dan menjadi.

“Saya seorang pelakon yang risau dengan ekspektasi penonton. Orang kata kalau orang tak suka dengan watak jahat kita bawa, itu maknanya lakonan kita menjadi.”

“Apapun, saya tak kisah untuk berlakon watak macam mana sekali pun, kalau perlu banyak kajian lagi saya suka sebab ia mencabar diri saya.”

Kepada yang masih belum menonton filem Munafik 2, boleh saksikan di mana-mana panggung wayang disekitar anda untuk melihat sendiri kemantapan lakonan barisan pelakon-pelakon seperti Syamsul Yusof, Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group