Baru-baru ini, pertunjukan fesyen sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2018) yang telah berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur telah mendapat sambutan hangat daripada tetamu-tetamu kehormat, kalangan selebriti dan juga orang ramai.

Pelbagai fesyen dan gaya fesyen dapat disaksikan sepanjang pertunjukan fesyen itu berlangsung dan tidak terlepas juga dengan pelakon tampan dan bergaya, Nazim Othman yang tampil menggayakan fesyen oleh salah satu pereka fesyen yang terlibat dalam KLFW2018 baru-baru ini.

Walked for @atelierfitton this time. #klfw2018 📸 – @aizataidid

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Nazim Othman yang tampil dengan gaya beliau yang menayangkan susuk tubuh badan beliau di atas pentas ‘runaway’ telah mendapat banyak kecaman daripada netizen.

Rata-rata netizen mengatakan bahawa penggayaan yang ditunjukkan oleh Nazim Othman itu agak kurang sopan dengan mendedahkan sebahagian aurat beliau kepada umum.

“Itu bukan tayang baju tapi tayang body 🙊”

“Slayyyyyyyyyyyyy…….”

“Knapa tak terlanjang je terus. Kan senang . Ramai la lagi org kecam… suka sangat kan. Nah hadammm”

“Eh, haritu mcm dia yang nasihatkan pompuan pakai decently. Tuptup tayang aurat. 🤷‍♂️”

Namun, dalam yang mengata ada juga yang memuji gaya yang ditunjukkan oleh Nazim Othman dan ada juga yang mengatakan beliau itu boleh dikategorikan sebagai duda ‘hot’.

“You are so amazing and so cool…. I wish good luck for anything u does… And do the best….. You are the best ever…… Just always be positive for what happen and pray allah will help you.”

“Duda hot 😏”

Apapun yang diperkatakan netizen tentang Nazim Othman, beliau tetap kacak bergaya dan segak dengan penampilan beliau pada pertunjukkan fesyen tempoh hari.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group