Pelakon, pengacara dan juga usahawan tudung, Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor yang kini bakal menjadi selebriti Malaysia yang pertama ke pentas antarabangsa melalui fesyen Muslimah.

Neelofa yang sebelum ini menjadi duta bagi pengeluar perhiasan termuka dunia, Swarovski dan juga turut menjalinkan kerjasama bersama jenama Louis Vuitton (LV) Malaysia kini membuka peluang luas kepada beliau untuk menerokai fesyen Muslimah antarabangsa.

“Saya percaya, peluang semakin terbuka apabila menyertai Minggu Fesyen Paris. Saya mahu terbabit dengan kempen global untuk membuktikan wanita berhijab tidak ketinggalan dalam berfesyen.”

 “Saya mengharapkan kerjasama saya dengan jenama LV memberi nafas dalam fesyen berhijab. Walaupun jenama antarabangsa, tetapi mereka semakin terbuka untuk mencuri perhatian wanita bertudung.”

Beliau berkata lagi, sememangnya impian beliau untuk menerokai fesyen Muslimah antarabangsa dan ingin memulakan langkah berani dalam fesyen hijab dek kerana ramai selebriti di Malaysia yang masih tidak berani mengambil langkah ini.

“Inilah impian saya yang mahu meneroka pasaran antarabangsa menerusi pintu fesyen Muslimah. Harapan saya, penggemar fesyen dunia membuka mata terhadap fesyen Muslimah dan hijab.”

“Saya lihat, tidak ramai selebriti dan ikon bertudung memulakan langkah berani untuk fesyen hijab. Hanya supermodel cantik Amerika Syarikat keturunan Somalia, Halima Aden, yang agak ke depan dalam berbuat demikian.”

Beliau juga mengakui bahawa bakal membawa jenama tudung, Naelofar Hijab beliau ke peringkat antarabangsa serta kana menyertai Minggu Fesyen Paris pada September depan.

Neelofa seorang individu yang bertuah apabila mendapat peluang seperti itu yang tidak diberikan kepada individu lain. Haters gonna hate.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group