Pengacara, Nana Al-Haleq memang terkenal di kalangan netizen seorang selebriti yang mementingkan fitness dan penjagaan diri yang baik. Tidak dinafikanlah beliau mempunyai bentuk badan yang cantik dek kerana beliau juga merupakan jurulatih dan penasihat kecergasan.

Baru-baru ini, netizen memuji badan beliau yang mempunyai perut sixpack apabila beliau telah memuat naik sekeping foto beliau di laman Instagram.

Nana Al-Haleq tetap kekal dengan tubuh badan beliau yang sentiasa diidamkan oleh ramai wanita walaupun setelah digoda dengan pelbagai makanan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

nanaalhaleq_35459480_1791768100902862_7403291143078674432_n

nanaalhaleq_34870087_400697073776824_6300585275110195200_n

Rata-rata netizen sangat mencemburui dan memuji bentuk badan beliau yang ideal dan mempunyai six pack itu.

Bagi mereka yang menginginkan bentuk badan seperti Nana Al-Haleq ini, mereka perlu rajin dan sentiasa melakukan senaman dan penjagaan dalam pemakanan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group