Baru-baru ini tersebar video ‘kerinduan’ Fazura terhadap suami yang tersayang, Fattah Amin. Dalam video ini, kelihatan Fazura memeluk erat si suami sebagai tanda rindu yang amat sangat.

Salah seorang rakan mereka sempat merakam aksi manja pasangan ini. Video ini dirakam hujung minggu yang lalu dan menjadi buah mulut orang ramai kerana aksi mesra mereka.

Pun begitu, video yang dirasakan sweet ini menerima tamparan hebat apabila ramai yang menegur walaupun sudah bergelar suami isteri yang sah, kelakuan mereka ini agak keterlaluan.

Semoga Fattah dan Fazura menerima teguran ini. Tegur itu tandanya sayang. Bersama-samalah kita menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group