Pelakon dan penyanyi, Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin baru-baru ini telah menarik perhatian para netizen apabila memuat naik beberapa keping gambar dan video sempena sambutan ulangtahun kelahiran ibu mertua beliau di laman Instagram.

Fazura menulis di ruangan kapsyen beliau bahawa beliau sangat bertuah mempunyai ibu mertua sebaik ibu Fattah Amin itu kerana menerima beliau sebagai isteri Fattah Amin dalam keluarga itu.

“Sanah Helwah buat seorang wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi.”

“Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.”

“Terima kasih Ibu kerana menerima Faz seadanya dan melahirkan seorang Imam yang cukup membahagiakan Faz, di dunia dan akhirat Insya-Allah.”

“Doa Faz buat Ibu semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT. Love you Ibu.”

Rata-rata pengikut di Instagram memuji dan meninggalkan respon di ruangan komen dengan mengatakan Fazura seorang insan yang bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Fattah Amin dan dikurniakan ibu mertua sebaik itu.

Segelintir netizen turut mendoakan kebahagiaan Fazura bersama suami dan juga berharap suatu hari nanti Fazura diberikan kesedaran rohani untuk menutup sepenuhnya aurat beliau seperti keluarga Fattah Amin kerana ia dapat menyejukkan hati sesiapa yang memandang wanita yang menutup aurat sepenuhnya.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group