Pelakon, Nora Danish baru-baru ini telah memuat naik gambar bersama suami ketika bercuti ke Langkawi di laman Instagram milik beliau.

Gambar tersebut telah mendapat pujian daripada rata-rata netizen malah ada yang mengatakan mereka berdua kelihatan seperti kerabat diraja England, Kate Middleton dan pelakon Fast & Furious, Vin Diesel.

“Mcm van diesel habis.. Aduhai. Sweet couple.”

“Like Dominic Toretto & Letty 💏.”

“Ad iras vin diesel lah…haha serious… Boleh kot brlakon fast f malaysia …kalau ad lah…”

“Dh mcm toreto n mia. Botak tuh, rantai tuhhh ❤️”

“Comel 2… Suami nora da mcm pelakon kereta lumba tu… Kne ngan gmb mcm ni… Cntik sgt”

Kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua sangat menarik perhatian netizen sehingga mendapat pujian sehebat itu apabila disamakan dengan kerabat diraja England dan juga pelakon hebat antarabangsa.

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group