Datuk Rosyam Nor baru-baru ini mengumumkan pembukaan pasar raya milik beliau iaitu ST Rosyam Mart di Setiawangsa manakala pelancaran rasmi dijadualkan akan diadakan selepas Hari Raya ini.

Namun begitu, segelintir masyarakat mula memboikot pasar raya tersebut disebabkan oleh fahaman politik yang tidak sehaluan. Pihak ini mula memboikot disebabkan beliau merupakan penyokong UMNO sekaligus terkait dengan bekas perdana menteri Malaysia sebelum ini. Bukan itu sahaja, beliau terpalit dengan kontroversi yang dianggap tidak menghormati Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pasar raya tersebut menjanjikan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasar raya tempatan yang lain. Beliau turut menjanjikan untuk memberikan promosi jualan ayam serendah 88 sen selepas Hari Raya nanti. Walaubagaimana pun, pihak ST Rosyam Mart menerima kunjungan yang memberansangkan ketika pembukaan beberapa hari lalu.

Apa-apa pun, kuasa membeli berada di tangan pengguna untuk memilih mana-mana pasar raya untuk membeli belah. Selamat maju jaya buat Datuk Rosyam.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group