Siapa tidak kenal dengan pelakon hebat Shukri Yahaya yang mirip dengan bintang Filipina Jericho Rosales ini. Beliau yang mempunyai lebih 1.9 million pengikut di Instagram baru-baru ini memuat naik gambar di pinggir jalan di Klang. Difahamkan gambar beliau ketika itu diambil ketika menjalani penggambaran untuk filem terbaharunya.

Disebabkan background gambar tersebut yang dipenuhi dengan “tawaran”, peminat sempat mengusik beliau sebagai duta pinjaman wang sehinggakan ada yang menggelar beliau sebagai “Abang Long Shuk”. Usikan-usikan nakal berterusan dengan komen meminta bantuan kewangan sempena hari raya yang bakal tiba.

A post shared by Shukri Yahaya (@shukriyahaya) on

Apa-apa pun diharapkan semoga penggambaran filem tersebut berjaya disiapkan. Peminat beliau pastinya sudah tidak sabar untuk menonton hasilnya nanti.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group