Penangan drama Nur yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini masih hangat diperkatakan oleh orang ramai, dan watak Aisyah yang dibawa oleh Noorkhiriah Ahmad Shapie atau dikenali sebagai Noorkhiriah membawa kesan kepada emosi orang ramai lalu mencetuskan kecaman terhadap karakter yang dibawa oleh beliau.

Selain beliau menerima kecaman, ibu beliau juga turut menerima kecaman disebabkan karakter yang beliau terima dan beliau berasa terkilan disebabkan itu.

Menurut wawancara BH Online, beliau tidak kisah jika mendapat kecaman yang kesat melalui watak yang dibawanya akan tetapi beliau tidak boleh menerima jika Ibunya yang tidak berkaitan turut dikecam bahkan ada sampai satu tahap dimana ibu beliau dicaci dan dimaki.

Kepada netizen diluar sana, berhentilah dari mengecam ibu Noorkhiriah kerana ibu beliau tidak bersalah langsung dan tidak ada kena mengena dalam perkara itu. Disamping itu, Noorkhiriah hanya menjalankan tanggungjawab beliau dalam melakonkan watak beliau dalam drama Nur, dan watak tersebut hanya watak bukan kepribadian sebenar Noorkhiriah.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group