Penyanyi, Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana, akui pernah melalui saat-saat sukar untuk menampung kehidupan beliau dan anak sebelum diambil menjadi penyanyi semula.

Nana berkata beliau pernah susah satu ketika dahulu dan hampir putus asa dalam kerjaya nyanyian meskipun berbagai cara dilakukan untuk mempromosikan lagu nyanyian beliau namun tidak berhasil sehingga pada satu saat beliau sanggup berniaga di pasar-pasar malam.

“Saya pernah rasa putus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.”

“Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya dalam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan.”

Nana telah menerbitkan sebuah buku untuk berkongsi kisah liku-liku kehidupan beliau kepada umum melalui buku yang berjudul Life Goes On yang banyak memuatkan gambar-gambar beliau dan suami ketika susah dahulu dan juga gambar-gambar yang tidak pernah dimuat naik didalam mana-mana akaun media sosial milik beliau.

sitinordiana_39943565_2112930965691307_245083057386684416_n

“Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami (Mohd. Faizal Yusp) ada dalam buku itu.”

Siti Nordiana berharap agar buku perkongsian kisah hidup beliau itu dapat menjadi sumber inspirasi kepada wanita serta individu yang senasib dengan beliau satu ketika dahulu.Pelbagai mesej yang ingin disampaikan melalui buku itu.

“Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa putus asa dengan kehidupan.”

Buku Life Goes On hasil terbitan Must Read bakal dilancarkan di MPH pada Sabtu ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group