Filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof yang telah memecah panggung dan hangat diperkatakan oleh umum itu telah mencatatkan kutipan sebanyak RM21.6 juta dalam masa empat hari tayangan dipawagam.

Filem itu turut mendapat perhatian daripada PU Amin yang sering memberi nasihat dan motivasi beliau kepada umum menerusi laman akaun sosial beliau meskipun sentiasa mendapat banyak kecaman netizen sehingga turut disekat akaun beliau namun ketabahan beliau dalam menyampaikan dakwah sangat kuat sehingga sanggup menyampaikan beliau dengan cara yang tersendiri.

PU Amin bersetuju dengan pendapat Syamsul Yusof yang membawa watak Ustaz Adam dalam filem itu yang mengatakan menjadi seorang pendakwah ini, tidak semua manusia akan memahami kerja mereka.

“Betul apa yang dikatakan Ustaz Adam, tak semua manusia memahami kerja sebagai seorang pendakwah.”

PU Amin juga akui, sebanyak mana sekalipun kutipan yang diperolehi oleh filem ini, ia tidak akan dapat menandingi kehebatan nilai mesej yang ingin disampaikan menerusi filem ini.

“Filem ini wajib berjaya. Berapa puluh juta yang diperolehi tetap tidak dapat menandingi nilai mesej yang diberikan.”

Beliau sangat tertarik dengan pembukaan awal filem itu yang menitipkan pesanan sabar dan surah Al-Alaq sebagai pedoman untuk mendamaikan jiwa seseorang.

“Dimulakan dengan pesanan sabar sebagai pendakwah dan lima ayat surah Al-Alaq amat mendamai jiwa seorang pendakwah. “

“Terima kasih Syamsul, anda berjaya. Anda layak berjaya.”

Dalam pada itu, PU Amin turut berkongsi moral untuk orang ramai berkaitan filem itu setelah selesai menonton di akaun Twitter beliau.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group