Baru-baru ini, isu yang melibatkan empat orang penyanyi terkenal, Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari telah mendapat reaksi daripada hampir kesemua peminat mereka di laman sosial.Isu Haqiem Rusli yang dikatakan penipu mengenai depresi yang dihidapi beliau dan juga dikatakan hanyalah gimik semata-mata telah menjadi bualan orang ramai setelah Ernie Zakri meluahkan perasaan kesal beliau kerana digunakan oleh Haqiem Rusli.

Melalui laman Instagram, PU Azman telah memberi respon kepada isu ini dan memberi nasihat kepada keempat-empat selebriti terkenal tanah air itu agar lupakan dulu isu depresi Haqiem Rusli dan dinasihatkan teruskan berkarya dengan berunsur ilmiah dan motivasi.

“Haqiem Rusli, kalau kau rasa Jatuh Bangun semula.”

“Kau, Wany Hasrita, masyarakat Menahan Rindu nak tunggu karya dakwah kau.”

“Ara Johari, kalau kau buat lagu ada unsur ilmu, lagi ber Bunga hati masyarakat remaja ni.”

“Ha, kau pulak Ernie Zakri jangan Misteri sangat, keluarkan idea kau tuk berkarya dengan lirik ilmu.”

Begitulah sedikit nasihat daripada PU Azman tetapi penuh dengan makna.

Diharapkan Haqiem Rusli, Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari dapat menerima nasihat itu dengan hati yang terbuka.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group