Pelakon, Puteri Sarah Liyana merupakan salah seorang yang sangat teruja untuk menonton filem terbaru arahan suami beliau sendiri, Syamsul Yusof iaitu Munafik 2 yang bakal ditayangkan 30 Ogos 2018.

Beliau berkata ramai pengikut yang bertanyakan kepada beliau adakah boleh wanita mengandung menonton filem seram seperti Munafik 2 itu.Puteri Sarah juga menjelaskan bahawa suami beliau sendiri turut melarang beliau menonton filem tersebut namun beliau tetap berdegil untuk menontonnya.

“Ramai DM Sarah tanya boleh ke wanita mengandung watch it? Well, terpulang pada diri masing-maisng and korang boleh take it ke tak. R u strong enough??”

“Husband mmg dah warning awal2, xbagi kita tengok tapi kita tetap nak watch. So I did watched it and ada a few parts yg tak tahan I tutup mata hihihi. Takotlah pape nanti!”

“So if preggy mommies wanna watch it and enjoy it boleh takde masalah cuma if pape… pandai-pandailah ye. Happy watching.”

Berikutan dengan tindakan yang dilakukan Puteri Sarah itu, ramai wanita mengandung di luar sana yang turut ingin mengikuti jejak Puteri Sarah menonton filem Munafik 2 di pawagam nanti.

Puteri Sarah turut berbangga dengan kejayaan filem suaminya itu apabila mendapat respon positif daripada penonton yang telah menonton filem itu.

Filem Munafik sebelum ini sudah membuatkan penonton masih teringat-ingat akan ketakutan filem itu, kini filem Munafik 2 pula ditayangkan. Pastinya penonton lebih terkesan selepas menonton filem kedua Munafik itu.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group